Jumat, 01 Mei 2009

Hadis-hadis Pilihan

Dari Abdullah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Tanam-tanaman yang dialiri air hujan atau dengan mata air atau tanam-tanaman yang tumbuh di rawa-rawa, zakatnya seperpuluh dan yang diairi dengan tenaga angkutan, zakatnya seperdua puluh." - Sahih Bukhari

Abu Dzar dan Muadz b. Jabal r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda; "Bertakwalah kepada Allah di mana kau berada dan sambunglah perbuatan jahat itu dengan kebaikkan supaya terhapus (kejahatannya), dan bergaullah sesama manusia dengan budi yang baik (akhlak yang baik)." - Riwayat Attirmidzi

Diceritakan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. Nabi s.a.w. bahawa beliau bersabda; "Mandi hari Jumaat, adalah wajib bagi setiap orang dewasa." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikkannya dan jika ia tidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang bunuh diri dengan mencekik lehernya, maka dia akan mencekiknya pula di neraka." - Sahih Bukhari

Dari Aisyah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Janganlah kamu memaki orang yang telah mati kerana sesungguhnya mereka telah menemui apa yang mereka amalkan (semasa hidupnya)." - Sahih Bukhari

Dari Asma binti Abu Bakar r.a., katanya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. lantas beliau bersabda; "Janganlah engkau menahan-nahan (harta), maka Allah akan menahannya pula untukmu kerana itu keluarkanlah harta itu menurut kesanggupanmu." - Sahih Bukhari

Dari Abu Mas'ud Al Ansari katanya; "Rasulullah s.a.w. melarang tentang harga (jual beli) anjing, membayar mahar penzina dan membayar tukang tenung." - Sahih Bukhari

Dari Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Seorang Muslim yang menanam pohon tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia atau binatang maka orang yang menanam itu mendapat pahala." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Pada suatu ketika ada seseorang berjalan di jalan umum. Ia melihat duri lalu dibuangkannya. Tuhan memberinya pahala dan keampunan." - Sahih Bukhari

Dari Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang membuka tanah yang tidak berpunya, dialah yang berhak memilikinya." - Sahih Bukhari

Dari Abdullah b Umar r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Aniaya itu menjadi kegelapan di hari Kiamat." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang mengambil sebahagian tanah orang lain tanpa hak (dengan aniaya), maka pada hari Kiamat ia akan dikubur sampai tujuh lapis bumi." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Lebih baik kamu memberikan tanah kepada saudaramu, daripada mengambil sewa yang ditentukan jumlahnya." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Umar r.a. katanya; "Rasulullah s.a.w. melarang orang mengambil lebih daripada haknya, kecuali kalau orang mendapat izin dari temannya yang berhak." - Sahih Bukhari

Dari Aisyah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda; "Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Ahli warisku tiada mempusakai dinar dan dirham. Apa yang aku tinggalkan, selain dari belanja isteriku dan keperluan pembantuku adalah untuk sedekah." - Sahih Bukhari

Dari Anas b. Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya berjihad untuk agama Allah di waktu pagi atau petang hari lebih baik dari dunia dan seisinya." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang memerdekakan orang Islam, Tuhan akan melepaskan anggota orang itu dari neraka, sesuai dengan anggota orang yang dimerdekakn." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tuhan tiada memberi hukuman kepada umatku terhadap apa yang bergerak dalam dadanya (keinginan yang salah) selagi belum dikerjakan atau belum diucapkannya." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya; "Apabila kamu memukul, hindarkanlah memukul muka." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Hai kaum muslimat! Janganlah menganggap remeh seorang tetangga, walaupun hanya berupa kaki kambing." - Sahih Bukhari

Dari Abu Musa r.a. katanya; "Nabi s.a.w. mendengar seorang lelaki lain dan berlebihan dalam pujiannya, beliau bersabda; "Kamu membinasakannya atau memotong punggung orang itu." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a.; "Nabi s.a.w. menawarkan pada satu kaum untuk bersumpah. Mereka berebut hendak dahulu, lalu beliau memerintahkan supaya diundi diantara mereka siapa yang akan lebih dahulu melakukan sumpah." - Sahih Bukhari

Dari Ummu Kalsum binti Uqbah r.a., sesungguhnya ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambah yang baik atau dikatakannya yang baik." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Pada hari Kiamat kelak, setiap hak akan diberikan kepada ahlinya (orang yang punya hak), sampai hak seekor kambing yang tidak bertanduk diambilkan dari kambing yang bertanduk." - Sahih Muslim

Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda; "Kalau sekiranya orang ramai mengerti apa yang mungkin terjadi dalam pemergian bersendiri sebagaimana yang saya ketahui, tentulah tiada seorang pun pengembara akan berjalan malam hari sendiri sahaja." - Sahih Bukhari

Dari Abdullah b. Umar r.a.; "Seorang perempuan didapati terbunuh dalam suatu peperangan di zaman Nabi s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan membunuh perempuan dan kanak-kanak." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., katanya; "Nabi s.a.w. menamakan peperangan itu tipu daya." - Sahih Bukhari

Dari Abu Musa r.a., katanya; "Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bebaskanlah orang tawanan, beri makanlah orang lapar dan kunjungilah." - Sahih Bukhari

Dari Khaulah (Ansar) r.a., katanya; "Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya orang yang tiada berbuat benar terhadap harta Allah, untuk mereka itu pada hari kiamat ialah api neraka." - Sahih Bukhari

Dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Umar r.a. katanya; "Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Bagi tiap-tiap orang pengkhianat (penipu) ada bendera yang dipantanda pengkhianatan pada hari kiamat." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Rasulullah bersabda; "Setelah Tuhan memutuskan akan mencipta makhluk, ditulisNya dalam kitabNya yang ada di atas 'Arsy; RahamatKu mengalahkan kemarahanKu!". - Sahih Bukhari

Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) dimana jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah S.W.T. meminta keberkatan dunia atau akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini pada tiap-tiap malam." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman seseorang kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau wanita tidur dengan menjauhkan diri dari suaminya maka malaikat mengutuk wanita sampai ia kembali kepada suaminya." - Sahih Bukhari

Dari Abu Mas'ud Al Ansari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila seorang Muslim memberikan belanja kepada keluarganya semata-mata kerana mematuhi Allah, maka ia mendapat pahala." - Sahih Bukhari

Dari Abdullah b. Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau kamu diundang kepada suatu pesta perkahwinan, maka hendaklah kamu datang." - Sahih Bukhari

Dari Aishah r.a., katanya saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Roh (jiwa) itu bagaikan tentera yang berbaris. Mana yang sesuaian berdampinglah dia dan yang bertentangan berjauhanlah dia." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang sembahyangnya tidak dapat mencegahnya dari melakukan kekejian dan kemurkaan, maka tiadalah pertambahannya malainkan bertambah jauh dari Allah." - Riwayat Atthabarani

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain." - Sahih Muslim

Dari Anas b. Malik r.a.; "Penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya memperlihatkan kepada mereka mukjizat Tuhan, lalu diperlihatkan kepada mereka bulan terbelah dua." - Sahih Bukhari

Dari Aishah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang sejenis minuman keras yang dibuat dari madu bernama bit'i, beliau berkata; "Setiap minuman yang memabukkan adalah terlarang." - Sahih Bukhari

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Setiap kali orang Islam mendapat mala petaka, Allah mengampuni dosanya kerana mala petaka itu, bahkan yang disebabkan terkena duri." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubatnya yang juga diturunkanNya." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Abbas r.a. dari Rasulullah s.a.w.; "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga perkara; Berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi bakar tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang berusaha keras membantu janda dan orang miskin, sama ertinya berjuang di jalan Allah atau sembahyang sepanjang malam hari dan selalu puasa di siang hari." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang kaya. Mulailah memberikan sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabmu." - Sahih Bukhari

Dari Abu Musa Al Asyari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Beri makan lah orang yang lapar, kunjungilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang tertawan dan menderita." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanaan, kalau senang beliau makan dan kalau tidak senang beliau biarkan saja." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Sedekah tidak akan mengurangi harta seseorang. Seseorang yang pemaa, Allah menambahkan kemuliaan baginya. Dan seorang yang tawaduk (merendahkan diri) kepada Allah menaikkan darjatnya." - Sahih Muslim

Dari Salman bin Amir r.a. katanya; "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Anak itu dengan aqiqah, kerana itu adakanlah sembelihan untuknya dan bersihkanlah ia dari segala kotoran." - Sahih Bukhari

Dari Abdullah b. Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang minum minuman keras di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya, maka ia tidak memperolehinya nanti di akhirat." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang mati kerana penyakit perut adalah mati syahid. Siapa yang mati kerana penyakit kolera adalah mati syahid." - Sahih Bukhari

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah memberi keampunan kepadamu." - Riwayat Ibnu Majah

Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Kalau memakai sandal, pasang yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang pertama di pasang dan yang terakhir dibuka." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya; "Rasulullah s.a.w. mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Setiap isteri yang minta cerai pada suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya bau syurga." - Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga; i)Jika berbicara ia berdusta. ii)Kalau berjanji ia mungkiri. iii)Kalau berjanji ia khianat." - Sahih Bukhari

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Ada dua nikmat yang sering kebanyakkan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), iaitu waktu sihat dan waktu senang." - Riwayat Bukhari

Dari Aisyah r.a., katanya; "Nabi s.a.w. pernah mendapati fajar dalam bulan Ramadhan dalam keadaan ia junub bukan bermimpi, lalu beliau mandi dan terus puasa." - Sahih Bukhari

Dari Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang memakai pakaian sutera di dunia, di akhirat ia tidak akan memakainya." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tiga macam orang yang tidak diterima Allah ucapan syahadahnya ialah orang yang liwath (homosexual), orang yang bersihaaq (lesbian) dan imam (raja) yang zalim." - Riwayat Atthabarani

Dari Abdullah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia." - Riwayat Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut Sungai Rejab, airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu." - Riwayat Al Baihaqi

Dari Jabir bin Abdullah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda; "Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat) menurut keadaan (aqidah atau iman) nya ketika dia mati." - Sahih Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bertaubatlah kamu sekelian kepada Tuhanmu dan minta ampunlah dari semua dosamu dan jauhilah segala macam perbuatan maksiat di dalam bulan ini iaitu Bulan Rejab." - Kitab Durratun Nasihin

Dari Ibnu Mas'ud katanya, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sesiapa membaca surah Al-Waqi'ah pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya." - Riwayat Albaihaqi


Sumber : Buku Hadis Sohih

Edited : Rudin Lapandewa


Tidak ada komentar:

Posting Komentar